Main image

Friday, December 17, 2010

Ujibakat 'Satu Satunya' Gegaq Penang!

Tarikh : 4 & 5 Dis 2010
Lokasi: RTM Pulau Pinang
Masa: 10 pagi – 7 petang

”Orang Penang tetap gempaq!” itu ungkapan Penerbit dan pengacara sensasi Azwan Ali , ketika ditemui sejurus tamatnya sessi ujibakata program realiti TV terkini terbitan RTM, 'Satu Satunya' yang telah mengegarkan RTM Pulau Pinang pada 4 & 5 Dis yang lalu.



Walaupun acara ujibakat selama 2 hari berturut-turut itu berlangsung dalam studio tertutup, sambutan peminat setia RTM tidak mengecewakan malah terbukti ujibakat 'Satu Satunya gegaq Penang'!


Sejak jam 9 pagi, ramai sekali yang setia mendaftar dan menunggu giliran masing masing untuk diuji bakat mereka! Pelbagai gaya, pelbagai karektor, pelbagai bakat dan kebolehan menjadikan sessi uji bakat 'Satu Satunya' di Pulau Pinang tetap 'happening'!



Antara juri yang menjayakan sessi ujibakat gempaq itu adalah Azman dari Okestra RTM, Puan Emma Fatima (penolong penerbit) dan Azwan Ali sendiri. Rata rata calon yang datang telah diberi peluang keemasan oleh juri-juri dengan mendapat kad hijau!



”Mutu vokal orang Utara agak hebat dan saya percaya pasti ramai jugak calon Zon Utara akan terpilih!” yakin Azwan Ali tentang prestasi ujibakat yang berlangsung dengan sokongan kuat RTM Pulau Pinang.



Azwan Ali sendiri teruja bila sempat ditemubual selama setengah jam tanpa henti di studio radio Mutiara FM, milik RTM Pulau Pinang oleh deejay sensasinya Norita. Promosi melalui Mutiarafm membuahkan hasil, bila semakin ramai calon datang sebaik temubual bersama Azwan Ali menguasai udara Pulau Mutiara indah itu.



Apapun, krew blog tetap tidak akan melupakan wajah-wajah Calon kategori 'Muka Iras Artis' yang begitu berani mati dan selamba datang untuk mempertaruhkan nasib masing-masing.



Bayangkan, seiras 'Mr. Os', seiras 'Arash Mohamed', seiras 'Jasmin Hamid', semuanya memukau. Itu belum lagi kes 2 peserta yang saling tak tumpah 'Ezad Exist' dan 'Toy AF6'! Gamat jadinya bila Azwan Ali begitu berjaya mengusik mereka sehingga gamat jadinya studio RTM Pulau Pinang.



”Saya amat berterima kasih pada semua yang datang sejauh Kedah semata-mata untuk menyokong program yang amat mentah ini. Ini petanda kejayaan awal 'Satu Satunya' . Saya penuh yakin program ini akan mula jadi pesaing hebat mana-mana program realiti sedia ada!” dakwa penuh semangat Azwan Ali yang telah pun diketahui umum, bertindak sebagai pencetus inovasi konsep program hebat ini. Konsep asal adalah milik RTM.



Yang pasti siri jelajah pencarian bintang-bintang kelahiran 'Satu Satunya' terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu One Borneo , Kota Kinabalu! Bagaimana pula jadi gamatnya? Tunggu laporannya minggu depan.



Namun, usaha sungguh-sungguh Azwan Ali membantu RTM menjadikan program realiti TV baru ini untuk dikenali amat dipuji. Bukan sekadar mengampu Azwan Ali tetapi hakikat ini harus di kongsi bersama.

Belum pernah dalam sejarah dunia seni negara, boleh dilihat seorang anak seni yang sanggup berbuat apa sahaja demi sebuah program yang dijangka menguntungkan ramai pihak ini. Syabas Azwan Ali!

Kepada RTM, pastinya kerjasama erat dengan Azwan Ali ini tidak dilepaskan kerana terbukti selama ini karya dan sentuhan Azwan Ali sejak bersama TV3, Astro semuanya berjaya. Kami yakin kegemilangan dan keunggulan RTM lebih bersinar dengan hasil terkininya 'Satu Satunya'. Keep up the good spirit RTM!

Kepada semua yang berbakat, tunggu apa lagi...minggu ini siri jelajah ujibakat 'Satu Satunya' bakal mengegarkan pula Pantai Timur!

Jadi tunggu apa lagi, untuk semua yang berbakat dalam nyanyian atau Muka Iras Artis dari Kelantan, Terengganu mahupun Pahang dan sekitarnya, datang lah beramai ramai ke:

Kompleks KUANTAN PARADE
18 & 19 Dis 2010
10 pagi – 7 petang
syarat warganegara 1 Msia
18 – 45 tahun.

Ingat , inilah masa untuk bergelar bintang atau Diva dalam sekelip mata! Rebutlah peluang keemasan ini.

Kami tak sabar menghala lensa kamera blog ini ke pentas Kuantan Parade hujung minggu ini bagi mendapat skop sensasi ujibakat 'Satu Satunya' yang kini menjadi bualan dunia.

Jumpa di Kuantan Parade ya? Laporan ujibakat di Kota Kinabalu bakal menyusul. Teruskan bersama blog ini!

Thursday, December 9, 2010

UJIBAKAT "SATU SATUNYA' KE ONE BORNEO, SABAH!!!

Jom ramai ramai ker
UJI BAKAT "SATU SATUNYA"
pencarian bintang realiti sensasi
11 & 12 DISEMBER 2010 (Sabtu & Ahad)
10 pagi - 7 petang
ONE BORNEO, Kota Kinabalu
SABAH
Syarat
18 -45 tahun
Warganegara 1 Malaysia
Berbakat Dalam NYANYIAN atau
MUKA IRAS ARTIS

Friday, December 3, 2010

'Satu Satunya' di JB


Ujibakat 'Satu Satunya' Meriah!
Tarikh : 27 & 28 Nov 2010
Lokasi: Plaza ANGSANA,
Johor Bahru, Johor
Masa: 10 pagi – 7 petang

'Meriah ! Sekali lagi, RTM cipta sejarah! Tahniah dari kami, Kelab Penyokong Fanatik Azwan Ali.


Kami memburu cerita terpanas, ujibakat program realiti baru yang kini mula jadi bualan ramai, sekali pun belum pun ditayangkan di kaca TV, mana lagi kalau tidak, program realiti TV ilham Azwan Ali untuk siaran RTM di tahun 2011 ini
'Satu Satunya'.


Memang hebat penangan Azwan Ali. Kami sempat memerhatikan 100% gelagat Azwan Ali bersama ramai petugas dan krew RTM, mengendalikan di khalayak ramai, dengan jayanya sessi Ujibakat
'Satu Satunya' yang masuk minggu ke 2, sambil mengegarkan Johor Bahru untuk mencari bintang dari Zon Selatan negara.


Uji bakat yang memang gempak lagi menghiburkan itu, telah berlangsung di Plaza Angsana Johor Baru yang memang terkenal sebagai pusat membeli belah paling No 1 di bandaraya Johor Baru. Syabas RTM.

Sejak awal pagi bermula jam 10 pagi, krew RTM termasuk wakil RTM JB, tidak menang tangan melayan karenah ramai calon yang datang sejak awal pagi untuk mencuba nasib. Ada yang senyum meleret diberi KAD HIJAU, tak kurang juga yang pulang dengan hampa bila mendapat KAD MERAH!


Namun ini lah keistimewaan Ujibakat
'Satu Satunya', dimana segala komen dan keputusan diberi secara depan-depan tanpa prejudis! Bak kata Azwan Ali selaku salah seorang juri professional, program ini menolak konsep sessi ujibakat secara tertutup dan menolak konsep calon menangis tak tentu pasal, gara-gara ditolak dengan Kad Merah. Memang hebat 'Satu Satunya'


Kelainan program ini begitu terasa dan berdasarkan pengamatan rapi selama 2 hari berturut turut, memang
'Satu Satunya' janji kelainan yang amat hebat dan pasti membimbangkan semua program realiti yang sediada. Syabas RTM, syabas Azwan Ali selaku pencetus idea.

Selain Azwan Ali, 2 lagi juri adalah Eddie K dari Okestra RTM dan Puan Emma bagi pihak penerbit. Selama 2 hari pencarian RTM tidak sia-sia.


Ramai jugak calon yang terserlah dari pelbagai umur 18 hingga 45 tahun. Lebih mengamatkan bila ada jugak seorang pakcik berusia 60 tahun tunjuk belang di pentas. Gamat jadinya Plaza Angsana JB!

Kami juga ingin memuji RTM kerana cara ujibakat dijalankan lebih telus, dimana semua calon diberi peluang menyanyi sehingga part Chorus sebelum diberi kad. Ini amat berbeza dengan cara ujibakat program realiti lain yang mencantas peluang calon dengan cara yang agak kejam.


Azwan Ali tidak perlu dipertikaikan sengatannya. Cara beliau mengendalikan sessi ujibakat
'Satu Satunya' begitu professional, sekalipun terdengar juga komen-komen berbisanya dalam nada yang membuat semua terpegun. Keseluruhannya, mood Azwan Ali tiada dua, tiada tiganya, seolah-olah 'Satu Satunya' lebih layak menggambarkan kredibilitinya sebagai Pengacara dan pencetus idea hiburan yang tiada tolok bandingnya. Syabas Azwan Ali.


Azwan Ali juga kelihatan tak lepas tangan melayan sebegitu ramai pengunjung Plaza Angsana JB untuk bergambar dengannya. Sikap selamba Azwan Ali menjadi tarikan lensa kami.

Sessi ujibakat
'Satu Satunya' di JB turut gempar bila beberapa jelmaan wajah iras artis di pentas. Antara yang mengamatkan adalah Mawi, Liyana Ibtisham, Mek Salam Pantai Timur dan penonton tersentuh bila seorang calon ini seiras arwah ACHIK SPIN.


Semua gelagat calon-calon yang datang telah pun dirakamkan oleh krew RTM. Pasti sedutan aksi-aksi mereka akan gegarkan program
'Satu Satunya' yang akan mula bersiaran pada 14 Januari 2011, jam 10 malam secara langsung di TV1, RTM.

Sekali lagi, kami tabik pada RTM dan Azwan Ali yang nampak begitu bersungguh-sungguh memastikan semua yang dirancang akan menjadi realiti.


Kepada yang telah pun mencuba nasib dan menerima kad hijau, nantikan panggilan RTM sebelum 1 Januari 2011 untuk mengetahui nasib anda. Siapalah yang bertuah mewakili Zon Selatan? Hanya masa akan menentukan.

Ketika ditemui selepas tamat sessi ujibakat ini reaksi Azwan Ali , "Memang Johor hebat, saya amat teruja. Terima kasih pada Plaza Angsana JB dan semua krew RTM dan rakyat Selatan yang begitu prihatin. Saya nampak semakin jelas program ini akan meletop! Doakan yang terbaik ya” pesan Azwan Ali.


Jadi kepada semua yang berbakat dalam bidang nyanyian, berusia 18 – 45 tahun, warganegara 1 Malaysia, ATAU mempunyai Muka Iras Artis, tunggu apa lagi? Minggu ini, pencarian ujibakat
'Satu Satunya' akan berada di?

RTM Pulau Pinang
4 & 5 Disember 2010 (Sabtu & Ahad)
10 pagi – 7 petang

Datang lah beramai-ramai. Mungkin tuah anda untuk bergelar Diva dalam sekelip mata hanya melalui?
'Satu Satunya' di TV1/RTM.
RSS Feed
AZWANALISATUSATUNYA. Powered by Blogger.