Main image

Friday, December 17, 2010

Ujibakat 'Satu Satunya' Gegaq Penang!

Tarikh : 4 & 5 Dis 2010
Lokasi: RTM Pulau Pinang
Masa: 10 pagi – 7 petang

”Orang Penang tetap gempaq!” itu ungkapan Penerbit dan pengacara sensasi Azwan Ali , ketika ditemui sejurus tamatnya sessi ujibakata program realiti TV terkini terbitan RTM, 'Satu Satunya' yang telah mengegarkan RTM Pulau Pinang pada 4 & 5 Dis yang lalu.



Walaupun acara ujibakat selama 2 hari berturut-turut itu berlangsung dalam studio tertutup, sambutan peminat setia RTM tidak mengecewakan malah terbukti ujibakat 'Satu Satunya gegaq Penang'!


Sejak jam 9 pagi, ramai sekali yang setia mendaftar dan menunggu giliran masing masing untuk diuji bakat mereka! Pelbagai gaya, pelbagai karektor, pelbagai bakat dan kebolehan menjadikan sessi uji bakat 'Satu Satunya' di Pulau Pinang tetap 'happening'!



Antara juri yang menjayakan sessi ujibakat gempaq itu adalah Azman dari Okestra RTM, Puan Emma Fatima (penolong penerbit) dan Azwan Ali sendiri. Rata rata calon yang datang telah diberi peluang keemasan oleh juri-juri dengan mendapat kad hijau!



”Mutu vokal orang Utara agak hebat dan saya percaya pasti ramai jugak calon Zon Utara akan terpilih!” yakin Azwan Ali tentang prestasi ujibakat yang berlangsung dengan sokongan kuat RTM Pulau Pinang.



Azwan Ali sendiri teruja bila sempat ditemubual selama setengah jam tanpa henti di studio radio Mutiara FM, milik RTM Pulau Pinang oleh deejay sensasinya Norita. Promosi melalui Mutiarafm membuahkan hasil, bila semakin ramai calon datang sebaik temubual bersama Azwan Ali menguasai udara Pulau Mutiara indah itu.



Apapun, krew blog tetap tidak akan melupakan wajah-wajah Calon kategori 'Muka Iras Artis' yang begitu berani mati dan selamba datang untuk mempertaruhkan nasib masing-masing.



Bayangkan, seiras 'Mr. Os', seiras 'Arash Mohamed', seiras 'Jasmin Hamid', semuanya memukau. Itu belum lagi kes 2 peserta yang saling tak tumpah 'Ezad Exist' dan 'Toy AF6'! Gamat jadinya bila Azwan Ali begitu berjaya mengusik mereka sehingga gamat jadinya studio RTM Pulau Pinang.



”Saya amat berterima kasih pada semua yang datang sejauh Kedah semata-mata untuk menyokong program yang amat mentah ini. Ini petanda kejayaan awal 'Satu Satunya' . Saya penuh yakin program ini akan mula jadi pesaing hebat mana-mana program realiti sedia ada!” dakwa penuh semangat Azwan Ali yang telah pun diketahui umum, bertindak sebagai pencetus inovasi konsep program hebat ini. Konsep asal adalah milik RTM.



Yang pasti siri jelajah pencarian bintang-bintang kelahiran 'Satu Satunya' terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu One Borneo , Kota Kinabalu! Bagaimana pula jadi gamatnya? Tunggu laporannya minggu depan.



Namun, usaha sungguh-sungguh Azwan Ali membantu RTM menjadikan program realiti TV baru ini untuk dikenali amat dipuji. Bukan sekadar mengampu Azwan Ali tetapi hakikat ini harus di kongsi bersama.

Belum pernah dalam sejarah dunia seni negara, boleh dilihat seorang anak seni yang sanggup berbuat apa sahaja demi sebuah program yang dijangka menguntungkan ramai pihak ini. Syabas Azwan Ali!

Kepada RTM, pastinya kerjasama erat dengan Azwan Ali ini tidak dilepaskan kerana terbukti selama ini karya dan sentuhan Azwan Ali sejak bersama TV3, Astro semuanya berjaya. Kami yakin kegemilangan dan keunggulan RTM lebih bersinar dengan hasil terkininya 'Satu Satunya'. Keep up the good spirit RTM!

Kepada semua yang berbakat, tunggu apa lagi...minggu ini siri jelajah ujibakat 'Satu Satunya' bakal mengegarkan pula Pantai Timur!

Jadi tunggu apa lagi, untuk semua yang berbakat dalam nyanyian atau Muka Iras Artis dari Kelantan, Terengganu mahupun Pahang dan sekitarnya, datang lah beramai ramai ke:

Kompleks KUANTAN PARADE
18 & 19 Dis 2010
10 pagi – 7 petang
syarat warganegara 1 Msia
18 – 45 tahun.

Ingat , inilah masa untuk bergelar bintang atau Diva dalam sekelip mata! Rebutlah peluang keemasan ini.

Kami tak sabar menghala lensa kamera blog ini ke pentas Kuantan Parade hujung minggu ini bagi mendapat skop sensasi ujibakat 'Satu Satunya' yang kini menjadi bualan dunia.

Jumpa di Kuantan Parade ya? Laporan ujibakat di Kota Kinabalu bakal menyusul. Teruskan bersama blog ini!

0 comments:

RSS Feed
AZWANALISATUSATUNYA. Powered by Blogger.