Main image

Saturday, November 27, 2010

Ujibakat 'Satu Satunya' Meriah!


Tarikh : 20 & 21 Nov 2010
Lokasi: Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur
Masa: 10 pagi – 7 petang

Meriah! Itu yang dapat digambarkan suasana di sesi ujibakat program realiti terkini terbitan RTM
'Satu Satunya' yang telah berlangsung buat julung-julung kalinya di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri pada 20 & 21 Nov yang lalu.

"Saya selaku pencetus idea program, amat berpuashati dengan sambutan ramai terhadap program ini. Walaupun program ini terlalu baru dan belum pun muncul di kaca TV, sambutan ujibakat begitu mengalakkan!" kata pengacara sensasi Azwan Ali yang ditemui sebaik tamat sesi ujibakat yang berlangsung selama 2 hari berturut turut.



Khabarnya hampir 200 orang memenuhi sesi ujibakat selama 2 hari itu dan ada calon yang datang seawal 8 pagi ke RTM. Rata-rata yang datang punya semangat yang kuat untuk bergelar artis.

2 kategori ditawarkan iaitu kategori utama, nyanyian dengan membawakan lagu lagu hits Ikon terpilih. Kategori ke 2 yang dibuka adalah
'Muka Iras Artis'!


Kata Azwan Ali lagi “Kedua dua kategori dibanjiri calon-calon yang berbakat dan memikat, cuma biasalah ada yang awal-awal menerima penangan kad merah. Namun selaku juri yang terlibat, saya teruja bila ramai juga calon yang berjaya mencuri tumpuan juri-juri dan menerima kad hijau, sekaligus diberi peluang ke saringan ke 2 dalam hari yang sama.”

Auditorium P. Ramlee menjadi gamat bila calon-calon 'Muka Iras Artis' bukan sekadar mempunyai rupa seiras dengan artis yang dimaksudkan tetapi juga bersungguh-sungguh meniru bakat artis artis berkenaan.



Antara jelmaan artis yang hadir ke sesi ujibakat 'Satu Satunya' adalah 'Dato Siti Nurhaliza', 'Amy Search', 'Amy Mastura', 'Mawi & Ekin', 'A. Ramlee', 'Nur Khiriah', 'Jamal Abdillah', 'Sazzy Falak' dan ramai lagi.

"Mereka begitu memikat saya. Insya Allah calon akhir kategori Muka Iras Artis pastinya satu persaingan paling sengit!" ujar Azwan Ali selaku Juri penting kategori menarik itu.


Ujibakat 'Satu Satunya' menyaksikan Azwan Ali, Ali dari kumpulan Sky High dan penerbit program, Fazi Hashim sebagai Juri professional yang diberi amanah membuat pencarian yang terbaik.

Pelbagai gelagat sempat lensa blog azwanalisatusatunya.blogspot.com rakamkan dan menjadi tatapan buat semua pembaca blog ini.


Siapakah diantara calon yang hadir bakal tersenarai ke TOP 33 dan akan muncul bersaing setiap minggu untuk muncul sebagai JUARA SATU SATUNYA mulai 14 Januari 2011? Masih terlalu awal jawapannya kerana krew 'Satu Satunya' dan para juri akan terus menjelajah seluruh negara sehingga 26 Disember 2010 dalam pencarian calon-calon akhir 'Satu Satunya'

Kepada semua yang berbakat dalam bidang nyanyian atau sesiapa yang punya muka seiras artis? Berusia 18 tahun hingga 45 tahun, tunggu apa lagi? Sertai ujibakat
'Satu Satunya'

Lokasi minggu ini
27 & 28 November 2010
PLAZA ANGSANA , Johor Bahru, JOHOR
dari jam 10 pagi – 7 petang!

Tuesday, November 16, 2010

'SATU SATUNYA' Ilham Azwan Ali bakal Caras semua program Realiti TV?







Setelah lebih 8 tahun, dunia hiburan TV di kuasai banyak program yang disifatkan sebagai realiti TV, akhirnya anak seni paling sensasi lagi kontroversi, Azwan Ali muncul dengan ilham nya yang terkini berjudul 'SATU SATUNYA', sebuah lagi realiti TV terkini, untuk siaran RTM.

Ilham asal program ini adalah Hak Milik RTM tetapi khabarnya, Azwan Ali telah merombak serta memberikan suntikan kreativitinya sebelum diluluskan sepenuhnya oleh RTM.

Pasti pihak media dan penonton bakal bercakap memperkatakan apa keistimewaan program 'Satu Satunya' berbanding 'Akademi Fantasia' , 'Sehati berdansa', 'Mari Menari', 'Raja Lawak', 'Anak Wayang' terbitan ASTRO, mahupun 'Mentor', 'Gangstarz' , 'Malaysian Idol', 'One in a million', 'U think u can dance', 'Malaysia Top Host' terbitan Kumpulan Media Prima, ataupun 'Pilih kasih' , 'Ikon Pengacara' terbitan RTM dan banyak lagi? Ini jawapan yang pastinya belum terjawab.

Apapun unit hiburan RTM, dibawah kuasa penerbitnya Fazi Hashim dan krew penerbitan difahamkan mula tidak tidur malam membuat pelbagai persiapan terakhir menjelang siaran langsung program realiti TV terkini 'Satu Satunya' yang akan mula mengegarkan TV1 mulai Januari 14, 2011 setiap Jumaat jam 10 malam selama 1 jam .

Lebih hebat, berbanding program realiti lain yang mencapai ke kemuncaknya pada minggu ke 10, program ilham realiti Azwan Ali ini mencecah ke minggu ke 13 untuk acara kemuncaknya. Mengapa?

'Saya memilih 13 kerana 13 angka tuah saya. Lagipun banyak program bermusim untuk siaran Tv, memang biasa berakhir pada minggu ke 13. Lebih menarik program innovasi saya dari ilham asal RTM ini, akan punya Separuh Akhir nya pada minggu ke 11 dan minggu ke 12' ! .

Memang hebat nampaknya idea idea bernas Azwan Ali untuk RTM. Mampukan program 'Satu Satunya' Capai sasarannya?.

'Saya berkarya demi RTM dan industri seni secara total. Ini bukan program angkat bakul atau semata mata promosi diri. Saya sasar akan temui ' the next' Dato Siti Nurhaliza. Sejak munculnya Siti dari lubuk RTM, industri seni kehilangan sengat nya. Tiada lagi nama nama segah beliau mahupun banyak nama gah , kelahiran RTM seperti Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Allahyarham Sudirman Hj Arshad dan ramai lagi. Sayang sekali' .

Khabarnya, pencarian bintang bintang 'Satu Satunya' akan menjamin hanya yang unggul tersenarai.

Dengan kreativiti seorang tokoh seperti Azwan Ali, pasti kehadiran program ini akan men'caras' program realiti TV yang sedia ada.

'Saya suka persaingan. Harap 'Satu Satunya' akan mula meraih perhatian. Saya akui banyak lambakan program realiti TV adalah satu usaha Gila Glamor semata tanpa ras tanggungjawab kepada mana mana bintang kelahirannya. Ini amat menyedihkan' ! '

Turut menarik bila 'Satu Satunya' terbuka untuk warganegara 1 Malaysia?

'Ya. Sesuai dengan inspirasi Perdana Menteri kita YAB Datuk Seri Najib Razak, saya berharap top 30 nanti akan terselit lah semua bangsa. Kita dah lama akui banyak nama agung dunia senia lagu lagu melayu dikuasai juga oleh bintang bukan melayu macam Francisca Peter, Datuk David Arumugam dan ramai lagi. Saya percaya program ini akan jadi program kebanggaan rakyat Malaysia dan dunia. Insya Allah. '

Jadi kepada semua pencinta program realiti TV, nantikan kemunculan 'Satu Satunya' yang akan mula bersiaran secara langsung di TV1 mulai Januari 14, 2011.

Pastikan 'Satu Satunya' menjadi sajian

terbaik buat anda seisi famili selama 13 minggu berturut turut.

Siapa dan Apa untuk 'SATU SATUNYA'.

*** program realiti TV terkini

*** ilham asal RTM

*** innovasi oleh Azwan Ali

***penerbit Fazi Hashim (RTM)

*** Hos sensasi Azwan Ali & Didie Alias

***mula siaran Januari 14, 2011

*** setiap Jumaat 10 malam

*** siaran langsung di TV1

*** untuk 13 minggu

***lokasi STUDIO 1, RTM Angkasapuri

*** masuk percuma

*** pencarian Top 30

*** usia 18 -45 tahun

***warganegara 1 Malaysia

*** berbakat menyanyi lagu lagu hits Ikon

***Ikon Ikon terpilih

1. Datuk Jeffrideen

2. Mas Idayu

3. Noraniza Idris

4. Datuk D J Dave

5. Hail Amir & Uji Rashid

6. Datuk M Daud Kilau

7. Ramlah Ram

8. Aishah

9. Datuk A Rahman Hassan

10. Jamal Abdillah

*** calun juga perlu aura/berkertrampilan

***juga ditawarkan 'Kategori muka iras artis'

*** SERTAI UJIBAKAT sekarang

Tarikh Tempat

20 & 21 Nov 2010 RTM Angkasapuri

Auditorium Pramlee

27 & 28 Nov 2010 Plaza Angsana , JB

4 & 5 Dis 2010 RTM Pulau Pinang

11 & 12 Dis 2010 One Borneo, KK

Sabah

18 & 19 Dis 2010 Kuantan Parade

25 & 26 Dis 2010 Boulevard, Kuching

*** Bawa

1. Salinan kad pengenalan

2. diri dan tuah anda

jumpa di sana. Menjadi bintang dalam sekelip mata. Ini lah masanya.

'Satu Satunya' di TV1 / RTM.

Monday, November 15, 2010

Azwan Ali disambar RTM


Siapa sangka, siapa menduga? . Ketentuan dan rezeki tuhan boleh bergolek secara tiba tiba. Begitu juga buat personaliti terkenal lagi sensasi, Azwan Ali. Sebaik pulang dari menunaikan umrah buat kali ke 2 tanggal 15 September 2010, Azwan Ali disambar RTM.

'Syukur kehadrat Allah swt. Saya amat terkejut dan teruja menerima panggilan dari unit hiburan RTM, sebaik pulang dari umrah pertengahan September 2010. Rasa bagaikan mimpi dan amat berterima kasih kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, khasnya kepada Datuk Menterinya, Datuk Seri Utama Rais Yatim atas amanah ini. '

Azwan Ali difahamkan telah menghantar kertas cadangan program program hiburan terkini kepada pihak atasan RTM , sebelum berlepas ke tanah suci. 'Memang benar, 2 kertas cadangan program hiburan Tv, saya e mailkan dan amat bersyukur bila kedua duanya diluluskan. Ini mungkin rezeki umrah. Terima kasih RTM' .

Pastinya kemunculan semula Azwan Ali ke kaca TV RTM akan mengubat rindu sekian lama peminat dan penyokong fanatik nya. Azwan Ali diakui antara pengacara TV paling lama bertahan sejak lebih 21 tahun yang lalu. Semua stesyen tv pernah menggunakan khidmat Azwan Ali, bermula TV3, RTM dan ASTRO.

Kali terakhir Azwan Ali ligat dengan aksi aksi nya adalah 3 tahun lalu, menerusi program sensasi 'Jangan Tidur Lagi' terbitan TV3 dan 'Amboi amboi amboi' terbitan Azwan Ali Porductions untuk ASTRO Prima.

Sepanjang lebih 21 tahun berkarya, Azwan Ali pernah dinobatkan
1.Pengacara Lelaki Popular Anugerah TV3 1994
2.Tempat ke 3, Hiburan Terbaik Asia 1999 untuk 'Cit Cat Azwan' , di Asian TV Awards. Program kontroversi ini pernah bersiaran di Astro Ria lebih 12 tahun.
3.Raja Kontroversi Melodi TV3, 2007.
4.Artis Bikin Panas Parti Hip TV, TV9 tahun 2010
5.Artis Lelaki Paling Sensasi Parti Media Hiburan 2010.

Sebagai pengacara serba boleh dan kekal di hati jutaan peminatnya, Azwan Ali telah pun melakar sejarah dunia seni dengan 1001 kejayaan dan kontroversinya. Semasa di TV3, antara program hiburan yang telah meledak kan nama besar Azwan Ali adalah 'Sampaikan', 'Muzik Muzik', 'Melodi', 'Skrin', 'Anugerah Juara Lagu', 'Lontong' dan 'Sambal' dan pastinya 'Jangan Tidur lagi'.

Ketika bersama RTM pula, Azwan Ali tidak terkecuali memberikan sengatan berbisa untuk program program seperti 'Rentak Juara' , 'Hits 1' , 'Lodeh', 'Lagi lagi Raya' dan 'Cinta Lemang dan Raya'.

ASTRO seharusnya juga berbangga dengan komitmen Azwan Ali yang tiada duanya, untuk banyak program sensasi di Astro Ria, antaranya 'Cit Cat Azwan', 'Serunding', 'Cak Cak' dan 'Amboi...amboi...amboi' !

Kini Azwan Ali di khabarkan sudah tidak sabar sabar lagi kembali mengegarkan RTM. 'Tepat sekali, peluang ini tidak akan saya sia siakan. Saya telah puas berdoa depan Kaabah, mohon Tuhan permudahkan laluan kali ini. Saya yakin semua yang teah berlaku , terlalu banyak hikmah hikmahNya dan saya tidak mahu ulangi kesilapannya. Cukup cukup lah !. 2011 zaman bekerja dan segalanya buat RTM. Segala kreativiti dan bakat yang Tuhan pinjamkan ini, buat masa ini hanya untuk RTM dan program baru ini.'

Pastinya berita Azwan Ali disambar RTM ini akan mengegarkan semua pencinta Azwan Ali! Nantikan kemunculan Azwan Ali di kaca RTM mulai Januari 14, 2011.

Tuesday, November 9, 2010

azwanalisatusatunya.blogspot.com


Selamat melayari blog terkini untuk semua pemuja nama besar dunia seni negara, Azwan Ali. Blog ini diusahakan oleh Kelab Penyokong Fanatik Azwan Ali atau KPFAA. Semoga anda terhibur melayarinya. Terima kasih.
RSS Feed
AZWANALISATUSATUNYA. Powered by Blogger.