Main image

Monday, November 15, 2010

Azwan Ali disambar RTM


Siapa sangka, siapa menduga? . Ketentuan dan rezeki tuhan boleh bergolek secara tiba tiba. Begitu juga buat personaliti terkenal lagi sensasi, Azwan Ali. Sebaik pulang dari menunaikan umrah buat kali ke 2 tanggal 15 September 2010, Azwan Ali disambar RTM.

'Syukur kehadrat Allah swt. Saya amat terkejut dan teruja menerima panggilan dari unit hiburan RTM, sebaik pulang dari umrah pertengahan September 2010. Rasa bagaikan mimpi dan amat berterima kasih kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, khasnya kepada Datuk Menterinya, Datuk Seri Utama Rais Yatim atas amanah ini. '

Azwan Ali difahamkan telah menghantar kertas cadangan program program hiburan terkini kepada pihak atasan RTM , sebelum berlepas ke tanah suci. 'Memang benar, 2 kertas cadangan program hiburan Tv, saya e mailkan dan amat bersyukur bila kedua duanya diluluskan. Ini mungkin rezeki umrah. Terima kasih RTM' .

Pastinya kemunculan semula Azwan Ali ke kaca TV RTM akan mengubat rindu sekian lama peminat dan penyokong fanatik nya. Azwan Ali diakui antara pengacara TV paling lama bertahan sejak lebih 21 tahun yang lalu. Semua stesyen tv pernah menggunakan khidmat Azwan Ali, bermula TV3, RTM dan ASTRO.

Kali terakhir Azwan Ali ligat dengan aksi aksi nya adalah 3 tahun lalu, menerusi program sensasi 'Jangan Tidur Lagi' terbitan TV3 dan 'Amboi amboi amboi' terbitan Azwan Ali Porductions untuk ASTRO Prima.

Sepanjang lebih 21 tahun berkarya, Azwan Ali pernah dinobatkan
1.Pengacara Lelaki Popular Anugerah TV3 1994
2.Tempat ke 3, Hiburan Terbaik Asia 1999 untuk 'Cit Cat Azwan' , di Asian TV Awards. Program kontroversi ini pernah bersiaran di Astro Ria lebih 12 tahun.
3.Raja Kontroversi Melodi TV3, 2007.
4.Artis Bikin Panas Parti Hip TV, TV9 tahun 2010
5.Artis Lelaki Paling Sensasi Parti Media Hiburan 2010.

Sebagai pengacara serba boleh dan kekal di hati jutaan peminatnya, Azwan Ali telah pun melakar sejarah dunia seni dengan 1001 kejayaan dan kontroversinya. Semasa di TV3, antara program hiburan yang telah meledak kan nama besar Azwan Ali adalah 'Sampaikan', 'Muzik Muzik', 'Melodi', 'Skrin', 'Anugerah Juara Lagu', 'Lontong' dan 'Sambal' dan pastinya 'Jangan Tidur lagi'.

Ketika bersama RTM pula, Azwan Ali tidak terkecuali memberikan sengatan berbisa untuk program program seperti 'Rentak Juara' , 'Hits 1' , 'Lodeh', 'Lagi lagi Raya' dan 'Cinta Lemang dan Raya'.

ASTRO seharusnya juga berbangga dengan komitmen Azwan Ali yang tiada duanya, untuk banyak program sensasi di Astro Ria, antaranya 'Cit Cat Azwan', 'Serunding', 'Cak Cak' dan 'Amboi...amboi...amboi' !

Kini Azwan Ali di khabarkan sudah tidak sabar sabar lagi kembali mengegarkan RTM. 'Tepat sekali, peluang ini tidak akan saya sia siakan. Saya telah puas berdoa depan Kaabah, mohon Tuhan permudahkan laluan kali ini. Saya yakin semua yang teah berlaku , terlalu banyak hikmah hikmahNya dan saya tidak mahu ulangi kesilapannya. Cukup cukup lah !. 2011 zaman bekerja dan segalanya buat RTM. Segala kreativiti dan bakat yang Tuhan pinjamkan ini, buat masa ini hanya untuk RTM dan program baru ini.'

Pastinya berita Azwan Ali disambar RTM ini akan mengegarkan semua pencinta Azwan Ali! Nantikan kemunculan Azwan Ali di kaca RTM mulai Januari 14, 2011.

0 comments:

RSS Feed
AZWANALISATUSATUNYA. Powered by Blogger.