Main image

Saturday, November 27, 2010

Ujibakat 'Satu Satunya' Meriah!


Tarikh : 20 & 21 Nov 2010
Lokasi: Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur
Masa: 10 pagi – 7 petang

Meriah! Itu yang dapat digambarkan suasana di sesi ujibakat program realiti terkini terbitan RTM
'Satu Satunya' yang telah berlangsung buat julung-julung kalinya di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri pada 20 & 21 Nov yang lalu.

"Saya selaku pencetus idea program, amat berpuashati dengan sambutan ramai terhadap program ini. Walaupun program ini terlalu baru dan belum pun muncul di kaca TV, sambutan ujibakat begitu mengalakkan!" kata pengacara sensasi Azwan Ali yang ditemui sebaik tamat sesi ujibakat yang berlangsung selama 2 hari berturut turut.



Khabarnya hampir 200 orang memenuhi sesi ujibakat selama 2 hari itu dan ada calon yang datang seawal 8 pagi ke RTM. Rata-rata yang datang punya semangat yang kuat untuk bergelar artis.

2 kategori ditawarkan iaitu kategori utama, nyanyian dengan membawakan lagu lagu hits Ikon terpilih. Kategori ke 2 yang dibuka adalah
'Muka Iras Artis'!


Kata Azwan Ali lagi “Kedua dua kategori dibanjiri calon-calon yang berbakat dan memikat, cuma biasalah ada yang awal-awal menerima penangan kad merah. Namun selaku juri yang terlibat, saya teruja bila ramai juga calon yang berjaya mencuri tumpuan juri-juri dan menerima kad hijau, sekaligus diberi peluang ke saringan ke 2 dalam hari yang sama.”

Auditorium P. Ramlee menjadi gamat bila calon-calon 'Muka Iras Artis' bukan sekadar mempunyai rupa seiras dengan artis yang dimaksudkan tetapi juga bersungguh-sungguh meniru bakat artis artis berkenaan.



Antara jelmaan artis yang hadir ke sesi ujibakat 'Satu Satunya' adalah 'Dato Siti Nurhaliza', 'Amy Search', 'Amy Mastura', 'Mawi & Ekin', 'A. Ramlee', 'Nur Khiriah', 'Jamal Abdillah', 'Sazzy Falak' dan ramai lagi.

"Mereka begitu memikat saya. Insya Allah calon akhir kategori Muka Iras Artis pastinya satu persaingan paling sengit!" ujar Azwan Ali selaku Juri penting kategori menarik itu.


Ujibakat 'Satu Satunya' menyaksikan Azwan Ali, Ali dari kumpulan Sky High dan penerbit program, Fazi Hashim sebagai Juri professional yang diberi amanah membuat pencarian yang terbaik.

Pelbagai gelagat sempat lensa blog azwanalisatusatunya.blogspot.com rakamkan dan menjadi tatapan buat semua pembaca blog ini.


Siapakah diantara calon yang hadir bakal tersenarai ke TOP 33 dan akan muncul bersaing setiap minggu untuk muncul sebagai JUARA SATU SATUNYA mulai 14 Januari 2011? Masih terlalu awal jawapannya kerana krew 'Satu Satunya' dan para juri akan terus menjelajah seluruh negara sehingga 26 Disember 2010 dalam pencarian calon-calon akhir 'Satu Satunya'

Kepada semua yang berbakat dalam bidang nyanyian atau sesiapa yang punya muka seiras artis? Berusia 18 tahun hingga 45 tahun, tunggu apa lagi? Sertai ujibakat
'Satu Satunya'

Lokasi minggu ini
27 & 28 November 2010
PLAZA ANGSANA , Johor Bahru, JOHOR
dari jam 10 pagi – 7 petang!

2 comments:

Izz Latif said...

~wahh~
meriah seh...
hope its gonna b good!!
(^_~)

www.izzlatif.blogspot.com

JAI said...

Wahh..meriah nampak bro..moga rancangan nie melatopssss..gud luck bro

RSS Feed
AZWANALISATUSATUNYA. Powered by Blogger.